Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 7 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.



Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Like Page Khas - Kerja Kosong di Pahang
Jawatan:

1. GURU BAHASA GRED DG41/DG44/DG48/DG52/DG54 - 1 Kekosongan

2. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5 - 4 Kekosongan


PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP (link admin sediakan di bawah)

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2018 (Selasa)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Klik Iklan Lengkap Jawatan

Klik Mohon Secara Online

Post a Comment