Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - 31 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) www.banyakjawatan.my

Pengenalan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini telah diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercatatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan, pengurusan teknologi dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat tiga kampus UTeM iaitu Kampus Bandar, Kampus Induk dan Kampus Teknologi. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal, Melaka.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Melaka
Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41


Syarat Lantikan:                     

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi  pengajian tinggi  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau

(ii)  ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,418.66); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi  pengajian tinggi  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau

(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi  pengajian tinggi  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,730.00); atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi  pengajian tinggi  tempatan atau  kelayakan  yang  diiktiraf  setaraf dengannya.(Gaji      permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:


2. Calon  bagi  lantikan  hendaklah  memiliki  Kepujian  (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Ogos 2018 (Jumaat)

Post a Comment