Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - 28 Disember 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2018 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Sejarah

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.



Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11


Syarat Lantikan:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00).

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/ B/ D/ E2/ E1/ E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kecuali Lesen Memandu Percubaan (P). (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

d) memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Fungsi Bidang Tugas:

a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan.

b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/ B/ D/ E2/ E1/ E.

c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran di www.spp.gov.my. Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan;

(b) Permohonan yang lengkap hendaklah di hantar kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Puan Shairah binti Ahmad Sabri)

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Disember 2018;

(d) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga; dan

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya

Post a Comment