Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) - 31 Januari 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya lokasi Majlis Perbandaran Kemaman adalah bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang.

Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu.

Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah cukup ketara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terutama di sektor industri berasaskan petroleum dan gas. Ianya menjadi tunjang pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sektor perindustrian lain di negeri Pantai Timur Semenanjung.

Kewujudan Koridor Pantai Timur dan dengan adanya pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kemaman, merupakan faktor-faktor penyumbang kearah kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran. Kenaikan taraf ini akan dapat memainkan peranan dengan lebih kompetitif terutama dari segi sosio-ekonomi dan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Terengganu
Jawatan:

1. ARKITEK (GRED J41)

2. PEGAWAI VETERINAR (GRED GV41)

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) (GRED N19)


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut http://ekerjaya.mpkemaman.gov.my & melalui link yang admin sediakan di bawah.


Perhatian:

(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian / ditemuduga.


(ii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas TIGA (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2019 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment