Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 15 Februari 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Penubuhan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31


Kelayakan Memohon:

Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat / Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan / kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Ijazah Sarjana Muda sahaja DAN mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dibenarkan untuk memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Diploma; DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan; DAN

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kelayakan Tambahan:

Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman sebagai Setiausaha.

Boleh bekerja mengikut jadual kerja yang fleksibel.

Keutamaan diberi kepada calon yang cekap dan berkebolehan dalam Bahasa Inggeris.


Bidang Tugas:

Menyelaras dan membantu aktiviti / jadual harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan;

Penjadualan dan menyusun mesyuarat-mesyuarat utama dan persidangan apabila dikehendaki;

Menyediakan dokumen sulit dan sensitif;

Memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail;

Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur;

Menjawab, menapis dan membuat panggilan telefon untuk pegawai Kumpulan Pengurusan; dan

Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2019 (Jumaat)

Post a Comment