Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 14 Jun 2019 [15 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..

Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya
Jawatan:

1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19


Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)

Bayaran Gaji : RM1,352.00 Minima

Penempatan : Sarawak (7 kekosongan) dan Sabah (8 kekosongan)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan program, aktiviti, khidmat nasihat, kebajikan dan urusan Saudara Kita.


Syarat Permohonan:

1.  Warganegara Malaysia;

2.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.  Berkelulusan:

(i)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan

(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau

(ii)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40]; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80]; dan

(iv) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan:

Permohonan oleh lepasan Sekolah Aliran Agama; dan

Masyarakat peribumi Sabah & Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon.


Cara Memohon:

Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.


Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2019 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Jawatan

Post a Comment