Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 10 Jun 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED SETARA 41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  


Syarat kelayakan Bahasa Melayu:

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Bahasa Melayu Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:-

i) Kad Pengenalan;

ii) Sijil Kelahiran;

iii) Sijil Berhenti Sekolah;

iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

v) Sijil dan Transkrip Ijazah; dan

vi) Lain-lain sijil yang berkaitan(kurikulum & kokurikulum).

b) Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


Permohonan yang ditolak 

Borang-borang permohonan permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan :

a) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran pasport seperti ditetapkan;

b) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 5(a);

c) Tidak lengkap dan tidak terang;

d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

e) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

f) Mengemukakan maklumat palsu.


Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600 600.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2019 (Isnin)


Klik Untuk Muatturun Maklumat Perjawatan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment