Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 3 Jun 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Latar Belakang

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :

Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja)
Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali).

Like Page Khas - Kerja Kosong di Kelantan
Jawatan:

1. Pegawai Psikologi S41

2. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Qiraat) S41

3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

4. Penolong Pegawai Tanah NT29



Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn. 1/93 dengan cara memuat turun dari laman sesawang MAIK (admin ada sediakan link untuk muatturun di bawah), atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2018 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.


Alamat Permohonan:

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Jun 2019


Post a Comment