Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 29 Mei 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.


Jawatan:

1. Pegawai Tadbir (Strategik) N48 


Syarat Lantikan Wajib:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda

iii. Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv. Syarat Lantikan Tambahan :

- Memiliki Ijazah dalam Pengurusan Kewangan/Perakaunan/Pengurusan Perniagaan atau setaraf dengannya;

- Mengutamakan calon yang memiliki sijil professional dalam

- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), atau Certified Public Accountant (CPA), atau Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), atau Certified Financial Planner (CFP), atau Chartered Financial Analyst (CFA), atau Financial Risk Manager (FRM)

- Mempunyai sekurang-kurangnya 8 hingga 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan pengurusan korporat atau Pengurusan Kewangan;

- Mempunyai kemahiran professional dalam penulisan dan pertuturan serta kemahiran interpersonal;

- berkeupayaan untuk memotivasikan pasukan bagi menghasilkan laporan yang kualiti dalam tempoh masa yang ditetapkan dan berkeupayaan menguruskan program yang diarahkan;

- Mempunyai kemahiran analitikal, merancang dan menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan kewangan


Deskripsi Tugas:

i. Bertanggungjawab menjalankan tugasan yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan strategik RAC bagi merealisasikan wawasan, misi dan objektif yang ditetapkan.

ii. Menetapkan KPI RAC beserta pelan tindakan berdasarkan dasar strategik RAC; dan

iii. Menetapkan hala tuju organisasi supaya segala strategi dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa kemas kini, relevan dan memenuhi aspirasi semasa.

iv. bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemantauan terhadap perancangan strategik dan membuat pelan induk tahunan;

v. membangunkan dan merancang kaedah yang sesuai bagi tujuan pemantauan dan pengumpulan data bagi penyediaan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jawatankuasa pemandu perancangan strategik;

vi. menjalankan analisis terhadap hasil, keuntungan dan penjimatan kos


Cara Memohon:

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/BPJ/1/2018 yang boleh didapati di laman sesawang (website) http://www.rac.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis disudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dimohon.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan,
No.29G, Blok B, Jln TKS 1,
Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2019 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment