Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) - 7 Jun 2019 [71 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Latar Belakang

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia, bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada 1 Jun 1957. Kini JPPH mempunyai pegawai dan staf seramai 2,101 yang mana 260 daripadanya merupakan penilai profesional. Fungsi dan aktiviti Jabatan diperkembangkan untuk memenuhi keperluan kepakaran yang berkaitan dengan industri harta tanah.

Semua Jawatan Kerajaan - Jawatan Kosong Kerajaan
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29 - 71 Kekosongan


Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28).


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. - mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

- lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

-berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2019 (Jumaat) jam 11:59 malam

Post a Comment