Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 16 Jun 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41


Syarat Lantikan:

1. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : RM2,283.43

ATAU

2. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pentadbiran keselamatan atau pengurusan krisis atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan : RM2,283.43

DAN

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu;

2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

4. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Jun 2019 (Ahad)

Post a Comment