Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 30 Sept 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..


Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 (PEMBANTU TAKMIR)

Taraf jawatan             :     Kontrak (Contract of Service)

Bayaran Gaji              :    RM1,352.00 Minima - RM4,003.00 Maksimum

Penempatan              :     Putrajaya (1 kekosongan)


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian berkaitan pengurusan program takmir di masjid dan surau antaranya menguruskan pembayaran elaun guru takmir, menyelenggara data/rekod/fail/dokumen guru dan program takmir serta melaksanakan pemantuan kelas pengajian takmir.


Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
     (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
ii.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
     serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
     diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);
     atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
     serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
     diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
iv. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
     peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
     dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

4. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam pengurusan Hal Ehwal Islam, Pentadbiran dan; atau Kewangan.


Cara Memohon:

Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.


Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2019 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Jawatan

Post a Comment