Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Ketengah - 15 Okt 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Kolej Ketengah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Ketengah

Jawatan Kosong 2019 di Kolej Ketengah

Latar Belakang

Kolej Ketengah merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bernaung di bawah Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) iaitu syarikat anak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kolej Ketengah menawarkan program-program akademik 'HOME-GROWN' pada peringkat Sijil dan Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat, Aplikasi Multimedia dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dengan menjalinkan usahasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) program pengajian peringkat Sarjana Pentedbiran Perniagaan telah dijalankan. Manakala pada tahun 2018 beberapa program seperti Diploma Perakaunan, Diploma Sumber Manusia dan Diploma Pemasaran akan dijalankan secara 'FRANCAIS' dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kolej Ketengah juga menjalankan kerjasama dengan pihak luar dalam  menawarkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) selama 6 bulan dalam bidang Kimpalan 6G, Industri Safety Skills, Pemasangan Paip & Fitter, Insulasi Paip Gas, Oil & Gas Scalfolding. Program ini mendapat penajaan penuh daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Para Graduan yang tamat belajar hampir 90% mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. KAUNSELOR PENDIDIKAN

Syarat Lantikan:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya satu kelayakan Akademik yang berikut :-

- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

- Ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

- Ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

h) Mempunyai sijil kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia akan diberi keutamaan


Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : admin@kolejketengah.edu.my (softcopy hendaklah dalam format PDF)

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2019 (Selasa)


Post a Comment