Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman - 26 Sept 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Sejarah

1935

Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.

Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.

Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.

Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.

Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.

Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M. More..
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. EKSEKUTIF GRED Z9
[PEMBANGUN APLIKASI WEB DAN PERISIAN (SOFTWARE / WEB APPLICATION DEVELOPER)


Syarat-syarat Permohonan:

Sijil dalam  bidang teknologi  maklumat  atau  prosesan  data  yang  diiktiraf  oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam perisian dan / atau pembangunan Aplikasi Web;
Boleh merancang / merekabentuk / membangunkan sistem


Kemahiran yang diperlukan:

Pengaturcaraan, Skrip & UI seperti PHP, ASNET, HTML5, CSS3, Bootstrap, Javascript, JQuery;

Pangkalan Data seperti MYSSQL, MSSQL, Oracle;

Mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam RESTful APIs dan Web Services;

Mempunyai pengalaman dalam WordPress dan SEO adalah kelebihan tambahan;

Berkemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah sistem dengan keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum;

Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menjaga solat.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab merancang/merekabentuk/membangunkan sistem dan menganalisis masalah dan penyelesaian sistem.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah bena Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

Semua permohonan  hendaklah  disertakan  salinan  dokumen-dokumen  berikut bersama-sama permohonan :

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)
Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah :
a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON


Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
TINGKAT 3, MENARA ZAKAT,
JALAN TELOK WAN JAH,
05200 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2019 (Khamis)

Post a Comment