Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 6 Okt 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MDHS adalah hasil gabungan :

Majlis Tempatan Asam Kumbang
Majlis Tempatan Kalumpang
Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 13 mukim iaitu:.

Mukim Ulu Bernam
Mukim Sungai Tinggi
Mukim Sungai Gumut
Mukim Kuala Kalumpang
Mukim Kalumpang
Mukim Kerling
Mukim Buloh Telor
Mukim Ampang Pechah
Mukim Peretak
Mukim Rasa
Mukim Batang kali
Mukim Ulu Yam
Mukim Serendah


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA, GRED JA29

2. PEMBANTU PENILAIAN, GRED W19


Syarat-syarat permohonan secara atas talian (Online)

1. Cara-cara memohon:

1.1 Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara online. https://www.mdhs.gov.my/ms/rakyat/permohonan-pekerjaan.

1.2 Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

1.3 Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan. Contoh: Penolong  Jurutera, Gred JA29.

1.4 Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

      a) Gambar berukuran passport.

      b) Sijil kelahiran

      c) Kad Pengenalan

      d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.

      e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.

      f) Biodata Diri (Resume)

Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.


Maklumat tambahan:

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:

        a) diimbas (scan) terlebih dahulu
        b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
        c) dikumpulkan / dihimpunkan (zip) menggunakan zip file seperti zip, rar atau tar.

- Diruangan muat naik (Sistem Online):
   - Sila klik butang Choose File, pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk zip, rar atau tar. Kemudian klik butang muat naik.

1.5 Sila selesaikan satu soalan matematik seperti yang telah disediakan diruangan tersebut.

1.6 Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.".

2. Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di perkara 1.4 sebelum atau pada 6 Oktober 2019.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2018, 2017 dan 2016). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN


4. Catatan Am

a. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.
   
b. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.     

d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan melalui link di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Oktober 2019 (Ahad)

Post a Comment