Jawatan Kosong 2026 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR AKTUARI GRED 23
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap Dan Tidak Berpencen
Skim : Pegawai Keselamatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Lingkungan Gaji : Rm3,300.00 – Rm20,300.00
Kekosongan : 2 Kekosongan
(Ibu Pejabat PERKESO)
Syarat Kelayakan:
a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Aktuari, Statistik, Matematik, Ekonomi, Kewangan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemajuan dalam kelayakan profesional aktuari daripada Society of Actuaries (SOA), Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), Casualty Actuarial Society (CAS) atau badan profesional aktuari lain yang diiktiraf;
d) Mempunyai keupayaan analitikal dan penyelesaian masalah yang baik, pengetahuan atau pengalaman dalam analisis kuantitatif, pemodelan, statistik atau analisis data;
e) Berkebolehan menggunakan perisian atau alat analitik yang bersesuaian serta mempunyai kesediaan untuk mempelajari kaedah dan teknologi baharu serta berkebolehan menyampaikan hasil analisis dengan jelas dalam bentuk penulisan dan pembentangan.
f) Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja; dan
g) Bermotivasi tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.
Tugas Dan Tanggungjawab:
1) Melaksanakan penilaian dan pemodelan aktuari
2) Menyediakan unjuran dan analisis kewangan skim
3) Menjalankan analisis bagi pembangunan dan penambahbaikan skim
4) Menyediakan data dan analisis untuk menyokong keputusan
*Permohonan untuk jawatan ini hendaklah dibuat melalui MyFutureJobs. Admin sediakan link di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2026
Latar Belakang
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), atau Social Security Organisation (SOCSO), merupakan badan berkanun yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di Malaysia. PERKESO melaksanakan skim perlindungan bagi membantu pekerja dan tanggungan mereka apabila berlaku keadaan seperti kemalangan pekerjaan, keilatan, kehilangan pekerjaan serta risiko lain yang dilindungi mengikut perundangan berkaitan.
PERKESO ditubuhkan pada tahun 1971 bagi melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Sistem keselamatan sosial ini dibangunkan berasaskan konsep perkongsian tanggungjawab melalui caruman bagi menyediakan perlindungan kepada pekerja apabila berhadapan dengan risiko yang boleh menjejaskan keupayaan bekerja dan pendapatan.
Antara perlindungan utama yang dikendalikan PERKESO ialah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. PERKESO turut mengendalikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menyediakan bantuan pendapatan sementara serta perkhidmatan pekerjaan kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan.
Selain pembayaran faedah, PERKESO menjalankan program pemulihan, pencegahan kemalangan, pengurusan hilang upaya dan perkhidmatan penempatan pekerjaan termasuk melalui platform MYFutureJobs. Peranannya terus berkembang sebagai salah satu institusi utama dalam jaringan perlindungan sosial dan pasaran pekerjaan Malaysia.

-banyakjawatan.png)