Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) - 25 Okt 2019

Jawatan Kosong 2019 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan Kosong 2019 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Latar Belakang

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat-syarat seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Bagi bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia hendaklah tidak melebihi 45 tahun;

i. Sekurang-kurangnya memiliki Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ii. Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;

iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)

v. Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan
cermin mata;

vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. Diperiksa dan diperakui sihat berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu di www.aswara.edu.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijilsijil yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.

e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel : 03-27785936/5939/5938


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Oktober 2019 (Jumaat).


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan