Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 31 Okt 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jawatan Kosong 2019 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Latar Belakang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis, bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.

Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan. Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Perhubungan Korporat, Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri. Manakala Bahagian Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pentadbiran Daerah dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Sebagai jentera Kerajaan yang terpenting, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis juga berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelancaran pentadbiran seluruh jentera Kerajaan Negeri.


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perlis
Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11


Jadual Gaji Minimum-Maksimum - (Minimum: RM1216.00)

Syarat Lantikan :

a) Warganegara Malaysia;

b) Lelaki;

c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

d) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian/gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Penaklukan Di Bawah SyaratSyarat Skim Perkhidmatan : Tertakluk kepada syarat-syarat dalam perjanjian kontrak

6. Fungsi Bidang Tugas :

a) Berkhidmat sebagai petugas pramusaji kepada DYMM
Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan
Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku
Raja Puan Muda Perlis, serta Kerabat Diraja;

b) Tugas-tugas am di dalam istana.

7. Kriteria Diperlukan : a) Boleh bekerja mengikut syif, lebih masa, dan luar stesen;

b) Mempunyai kenderaan sendiri/ boleh memandu;

c) Kreatif dan berketrampilan;

d) Calon-calon yang mempunyai pengalaman atau latar belakang dalam bidang pramusaji adalah dialu-alukan.


Tarikh Tutup Permohonan:

Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen sokongan hendaklah dialamatkan seperti berikut:

URUSAN PENGAMBILAN KAKITANGAN
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis,
02600 Arau
PERLIS


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2019 (Khamis)

Post a Comment