Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 10 Okt 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD43


Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. Gaji Permulaan : RM3,611.00

DAN

1. Lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

2. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.


Deskripsi Tugas:

1. Tugas-tugas kedoktoran

(1) Memeriksa dan merawat pesakit;

(2) Memberikan penjelasan dan nasihat berkaitan penyakit dan perubatannya;

(3) Merujuk pesakit kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya atau mana-mana agensi kesihatan  yang berkaitan untuk perkhidmatan yang tidak disediakan di Klinik Kesihatan Pelajar;

(4) Menyediakan Laporan Perubatan untuk pelajar; dan

(5) Memeriksa dan mengesahkan tahap kesihatan pelajar untuk menyertai kegiatan tertentu.


2. Haluansiswa

(1) Menguruskan dan memberikan taklimat kepada Pembantu Mahasiswa mengenai pertolongan cemas dan dokumen perubatan pelajar baharu;

(2) Menerima, memeriksa dan mengesahkan penerimaan Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan filem x-ray pelajar baharu semasa Haluansiswa;

(3) Menyemak semula Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu dan filem x-ray dan memanggil semua pelajar yang memerlukan pemeriksaan semula; dan

(4) Memeriksa semula pelajar baharu yang bermasalah.


3. Pemeriksaan Calon Pengawal Keselamatan Menentukan tahap kesihatan untuk ujian kecerdasan fizikal.


4. Pemberian Pertolongan Cemas

(1) Memberikan pertolongan cemas bagi kegiatan sukan atau kegiatan Universiti; dan

(2) ‘Standby’ semasa peperiksaan dan konvokesyen mengikut giliran


5. Menjalankan tugas-tugas lain seperti mana yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Ketua, Klinik Kesihatan Pelajar dari semasa ke semasa.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2019 (Khamis)

Post a Comment