Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 11 Okt 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 11 Okt 2019

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Arkitek Bahagian - 1 Kekosongan

2. Jurutera (Awam/Mekanikal) - 1 Kekosongan

3. Jurutera (Mekanikal) - 1 Kekosongan

4. Pegawai Undang-Undang - 1 Kekosongan

5. Penolong Jurutera (Elektrikal) - 1 Kekosongan

6. Penolong Jurutera (Mekanikal) - 1 Kekosongan

7. Penolong Jurutera (Awam) - 1 Kekosongan

8. Penolong Pegawai Undang-Undang - 1 Kekosongan

9. Penolong Pegawai Tadbir
- Bahagian Khidmat Pengurusan - 2 Kekosongan
- Unit Hasil - 2 Kekosongan
- Unit Penguatkuasaan - 2 Kekosongan

10. Pembantu Tadbir
- Bahagian Khidmat Pengurusan - 4 Kekosongan
- Unit Penguatkuasaan - 3 Kekosongan


Cara Memohon:

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/BPJ/1/2019 yang boleh didapati di laman sesawang (website) http://www.rac.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis disudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dimohon.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan,
No.29G, Blok B, Jln TKS 1,
Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor

Dokumen-dokumen yang dikehendaki:

i. Salinan Kad Pengenalan;

ii. Salinan Surat Beranak;

iii. Salinan Sijil Pendidikan Malaysia dan sijil berhenti sekolah;

iv. Salinan sijil-sijil pendidikan dan sijil berkaitan; serta

v. Sekeping gambar berukuran passport yang terbaru
(Sila pastikan dokumen-dokumen berkaitan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional atau mana pegawai-pegawai yang sama taraf diberi tauliah yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen di atas)


Permohonan Yang Akan Ditolak

i. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan di para 5;

ii. Tidak lengkap atau tidak terang;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv. Tidak tulis nombor kad pengenalan;

v. Tidak ditandatangani oleh pemohon; dan

vi. Permohonan yang lewat dari tarikh tutup permohonan.


Catatan Am

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temuduga, emel atau telefon; dan

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Oktober 2019 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 11 Okt 2019"

Post a Comment