Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Bahagian Zakat & Fitrah MUIS - 4 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Bahagian Zakat & Fitrah MUIS | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Bahagian Zakat & Fitrah MUIS


Sejarah

Pada awal penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sekitar tahun 70-an, unit Baitulmal MUIS diberikan peranan dan tanggungjawab untuk mengurus hal ehwal pungutan dan agihan zakat di Sabah.

Mulai tahun 1994, nama unit Baitulmal telah diubah dan dinaiktaraf kepada Bahagian Baitulmal dan Zakat selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah No.6 Tahun 1993.

Pada penghujung tahun 2004, sekali lagi nama Bahagian Baitulmal dan Zakat telah diubah kepada Bahagian Zakat dan Fitrah berikutan pengkorporatan Baitulmal menjadi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, sekaligus menjadikannya dua entiti yang berasingan.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Sabah
Jawatan:

1. Penolong Setiausaha ( Syariah ) Gred LS41


Syarat Lantikan:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah sarjana muda dalam bidang syariah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,249.00); atau

(d) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang syariah berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,249.00)

Syarat Bahasa Melayu:

1. Calon hendaklah memiliki Lulus dan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan


2. Ketua Pejabat Cawangan Lahad Datu Gred N29


Syarat Lantikan:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) keutamaan diberikan kepada calon lelaki yang menetap di daerah Lahad Datu; dan

(d) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred N29 : RM1,362.00); atau;

(e) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred N29 : RM1,362.00); atau;

(f) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;. (Gaji Permulaan pada Gred N29 : RM1,661.95)

Syarat Bahasa Melayu:

1. Calon hendaklah memiliki Lulus dan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.


3. Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Cawangan Lahad Datu Gred N19


 Syarat Lantikan:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) keutamaan diberikan kepada calon yang menetap di daerah Lahad Datu; dan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred N19 : RM1,131.00);

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan computer dan/atau mengambil trengkas)

Syarat Bahasa Melayu:

1. Calon hendaklah memiliki Lulus dan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.


Cara Memohon:

1. Permohonan jawatan hendaklah menyertakan dokumen seperti berikut :

- surat permohonan jawatan

- maklumat peribadi beserta dengan gambar berukuran passport

- kelulusan dan pengalaman bekerja (jika ada)

- sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan.

2. Permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah diajukan ke alamat:-

Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A &B, Wisma MUIS,
Peti Surat 11666
88818 Kota Kinabalu
Sabah

3. Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui telefon untuk proses temuduga.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2019 (Isnin)

Post a Comment