Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 2 Dis 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Koko Malaysia (LKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Sejarah

Perkembangan pesat industri koko pada akhir 1970an dan awal 1980an telah mencetus kesedaran untuk menyelaras dan mengintegrasi pelbagai aktiviti industri ke bawah satu organisasi paying untuk memastikan satu perkembangan yang sihat. Oleh itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) diwujudkan. Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989.

Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41

2. Pegawai Penyelidik Q41

3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29

4. Penolong Pegawai Tadbir N29

5. Penolong Pegawai Penyelidik Q29

6. Pembantu Setiausaha Pejabat N19

7. Pembantu Penyelidik Q19

8. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Syarat-syarat Umum Permohonan:

i) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

ii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun Persekutuan / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah berumur:-

kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang SECARA ONLINE SAHAJA.

Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, LKM.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas DUA BELAS (12) BULAN dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila e-mel kepada jobsonlinelkm@koko.gov.my dengan menyatakan nama penuh dan no. kad pengenalan anda.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Disember 2019 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Mohon Secara Online

Post a Comment