Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) - 8 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)

Latar Belakang

Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara. Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.

Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah.


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Tadbir Gred N41


A. Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

DAN

(b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Maritim)


B. Deskripsi Tugas:
Membantu dalam kerja-kerja pentadbiran berkaitan marin dan bertanggungjawab mentadbir, menyelaras, mengawal selia, memantau aktiviti perdagangan di jeti-jeti persendirian di dalam had Pelabuhan Klang serta tugas-tugas lain seperti diarahkan.


C. Umur Pada Tarikh Tutup Iklan
Calon bagi lantikan kontrak hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


D. Cara memohon:

Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202,
Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang
[u.p: Pengurus Kanan (Sumber Manusia)]

Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas kiri sampul surat permohonan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 November 2019 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment