Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 7 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Latar Belakang

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan.

Pada era 60an hingga akhir 80an, Kuala Langat juga terkenal dengan kesibukkan perlombongan bijih timahnya. Kawasan timur yang berjiran dengan daerah Sepang adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan hanya diteroka pada sekitar 60an menyaksikan banyak kapal korek bersaiz besar dan moden dibina disitu. baca lagi..


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Selangor
Jawatan:

1. Penolong Akauntan Gred W29 

Syarat Lantikan:

a) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,510.92); atau

b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,510.92); atau

c) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,776.08); atau

d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,001.68)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Syarat Lantikan:

a) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,549.00); atau

b) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiaf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,549.00); atau

c) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,855.00); atau

d) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,929.89)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Syarat Lantikan:

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,360.00 ); atau

b) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan: RM1,360.00 ); atau

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,416.40 ); atau

d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,472.80 ); dan

e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;

ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa manarik nafas (lelaki sahaja);

v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

(i) Permohonan dari syarat kelayakan (a), (c) dan (d) hendaklah memiliki Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan atau

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.


4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Syarat Lantikan:

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan: RM1,353.00 ); atau

b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kirakira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,409.40 ); atau

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,409.40 ); atau

d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,465.80 ); dan

e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,465.80 ); dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

(i) Permohonan dari syarat kelayakan (a), (c) dan (d) hendaklah memiliki Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan atau

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 25 Oktober 2019 hingga 7 November 2019.

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment