Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) - 29 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Latar Belakang

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perak
Jawatan:

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


Kelayakan Lantikan:

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00 ); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,493.00 ); atau

(iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,770.95 ); atau

(iv) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dariapda institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,846.15 )

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang (MDPH.JKP-1/2018) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web rasmi dan Facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu secara PERCUMA @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Semua dokumen hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 November 2019 (Jumaat)

Post a Comment