Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 2 Nov 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 2 Nov 2019

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Pengenalan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Tadbir Gred N41

Gaji permulaan:
RM2,080.00

Elaun:
ITKA : RM300.00
ITP : RM300.00
BSH : RM300.00

Syarat Lantikan:

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian Bahasa Inggeris dengan Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua - TESL)

(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara memohon:

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://apps.mpm.edu.my/eperjawatan. (link admin ada sediakan di bawah)


Catatan:

a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 November 2019 (Sabtu)

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 2 Nov 2019"

Post a Comment