Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) - 14 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Jawatan Kosong 2019 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Latar Belakang

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia-beliawanis tempatan tempatan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pekerjaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosial.

Program tersebut telah memberi impak yang baik dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. Ekoran itu, Kerajaan Negeri menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Terengganu
Jawatan:

1.  Pensyarah ( Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) ) (DG 41)


Syarat Kelayakan/Kelulusan:

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan;

v. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di industri;

vi. Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

vii. Mempunyai sijil ‘Train the Trainer’ atau sijil-sijil daripada institusi-institusi yang setaraf dengannya; ( Jadual Gaji : Gaji Minimum RM 2,188.00 – Gaji Maksimum RM 9,552.00.00 )


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website www.tesdec.edu.my dan disertakan dengan butir-butir peribadi (resume), salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik beserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NEGERI TERENGGANU (TESDEC)
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )

3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Caloncalon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2019 (Khamis)

Post a Comment