Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 18 Dis 2019

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Teknologi Makanan Gred C41


Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred C41:RM2,317.00]

ii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

4. Calon yang berdaftar dengan Majlis Juruanalisis Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Institut Kimia Malaysia merupakan satu kelebihan.

5. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang analisis atau pengurusan makmal.


2. Pembantu Operasi Gred N11


Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian berkaitan pengurusan program takmir di masjid dan surau antaranya menguruskan pembayaran elaun guru takmir, menyelenggara data/rekod/fail/dokumen guru dan program takmir serta melaksanakan pemantuan kelas pengajian takmir.


Cara Memohon:

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
          Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
          Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
          No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
          Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.

3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.


Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 18 Disember 2019 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Jawatan 1

Klik Untuk Baca Iklan Jawatan 2