Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - 20 Dis 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal. lagi..
Join Group Whatapps - Kerja di Negeri Sembilan
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Undang-Undang(Tetap) L41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination). (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).

iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(i), 1(ii), dan 1(iii); dan

b) Had umur pelantikan:

i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

c) Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred L41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2019 (Jumaat)



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment