Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 6 Jan 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Putrajaya
Jawatan:

1. Pemandu Gred H11



Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

(e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;

(f) Gaji permulaan pada Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :

Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/I : RM1,402.60

(g) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan


(h) Mempunyai tiga (3) hingga lima (5) tahun pengalaman memandu


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda dan bas.


Cara memohon:

(a) Borang Permohonan boleh didapati daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dengan memuat turun dari laman sesawang : http://www.wipers.gov.my (link download admin ada sediakan di bawah)

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu Salinan Sijil, Kad Pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.


Alamat Penghantaran:

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti d bawah :

Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 PUTRAJAYA

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga bagi jawatan ini.

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut.

Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

b) Borang permohonan yang telah dicetak dari sistem e-jawatan hendaklah dihantar ke Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sijil kelayakan pendidikan, sekeping gambar berukuran passport dan lain-lain sijil jika berkaitan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Januari 2020 (Isnin).

Post a Comment