Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - 9 Jan 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Latar Belakang

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Kronologi penubuhan UniSZA:

1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu

1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005

2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006

2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Terengganu
Jawatan:

1. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

2. Pembantu Operasi Gred N11


Sila baca Kelayakan Lantikan & Cara Memohon berikut:


1. Kelayakan lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

(ii) Sijil Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

(iii) Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

(iv) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

(v) Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

(vi) Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian  tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Kelayakan lantikan ke jawatan Pembantu Operasi Gred N11

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Calon lelaki sahaja dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i- Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii- Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E atau lesen vokasional PSV/GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

(d) Calon hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Perhatian Kepada Pemohon:

(a) Hanya permohonan yang disenarai/tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap di alamat seperti berikut:

Seksyen Pelantikan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1, Bangunan Canselori, Pejabat Pendaftar,
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
TERENGGANU DARUL IMAN

2. Setiap permohonan MESTILAH dilampirkan dengan gambar berukuran pasport terkini dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan. Kegagalan pemohon berbuat demikian menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian:

i) 09-6688369 - Puan Majedah binti Mokhtar - Penolong Pendaftar Kanan

ii) 09-6688359 - Puan Nor Falisha Akma binti Mustafa - Penolong Pegawai Tadbir

iii) 09-6688374 - Puan Che Khamsah binti Mohd - Pembantu Tadbir (P/O)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Januari 2020 (Khamis).


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment