Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) - 23 Jan 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Jawatan Kosong 2019 di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Latar Belakang

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ  No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Tujuan-tujuan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 ialah:-

i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya.

ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran kepada rakyat.

iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.
Join Group Whatapps - Kerja di Johor
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pembantu Operasi N11

Syarat Lantikan

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan ; (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,216.00)
atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ; (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,262.15)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat-Syarat Lain

1. Permohonan Daripada Pegawai-Pegawai Yang Sedang Berkhidmat :

Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan
Melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.


Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi Daripada Bahagian Sumber Manusia , Jabatan Pengurusan & Korporat YPJ atau melalui Laman web YPJ iaitu www.ypj.gov.my (admin sediakan link di bawah)

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar Berukuran passport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

a) Kad Pengenalan

b) Sijil Kelahiran

c) Sijil-Sijil Persekolahan

d) Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir

e) Ijazah / Diploma berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Januari 2020 (Khamis)

Post a Comment