Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) - 9 April 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Latar Belakang

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.


Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perak
Jawatan:

1. Penolong Akauntan W29

2. Penolong  Pegawai Penguatkuasa KP29

3. Pembantu Awam H11

4. Pemandu Kenderaan H11


Syarat Lantikan

Keterangan lanjut mengenai syarat  lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di laman web rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu : www.mdph.gov.my


1. Penolong Akauntan W29

(a ) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Gred dan Jadual Gaji : RM 1,498.00 – RM 5,678.00
(e) Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau

Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).


2. Penolong  Pegawai Penguatkuasa KP29

(a) Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Gred dan Jadual Gaji : KP29 : RM 1,493.00 – RM 5,696.00
(e) Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00 ); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.( Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,493.00 ); atau

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,770.95 ); atau

Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dariapda institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,846.15 )

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


3. Pembantu Awam H11

(a) Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Gred dan Jadual Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,939.00
(e) Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. Pemandu Kenderaan H11

(a) Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Gred dan Jadual Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,939.00
(e) Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D - RM 1,264.15
Lesen E / E1 /E2 - RM 1,310.30
Lesen F/H - RM 1,356.45
Lesen G/ I - RM 1,402.60

(d) Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.


Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan  Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di perenggan syarat lantikan diatas ; dan

ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang  (MDPH.JKP-1/2020) yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi dan Facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu secara PERCUMA

Semua dokumen hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.


Catatan Am

Semua salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir/Sijil Kelayakan Akademik hendaklah disahkan oleh Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional.

Hanya calon yang layak selepas melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Borang yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 April 2020 (Khamis)

Post a Comment