Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) - 30 Mac 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Pengenalan

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Negeri Sembilan
Jawatan:

1. Pembantu Awam H11


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja (kerja pembersihan bangunan, lanskap, pengendalian peralatan pejabat, persiapan acara rasmi, penjagaan mesin dan lain-lain yang berkaitan).


Syarat Lantikan:

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Imbuhan Dan Elaun:

Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa dalam Perkhidmatan Awam.

Permohonan Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat:

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing bersama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.


Cara memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

(i) Latarbelakang Pendidikan

(ii) Pengalaman Bekerja

(iii) Kemahiran

(iv) Penglibatan Luar

(v) Rujukan

(vi) Nombor Telefon terkini untuk dihubungi.

Setiap permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar saiz passport, salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar.

Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang ditapis senarai untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mac 2020 (Isnin)


Klik Iklan Lengkap & Cara Memohon

Post a Comment