Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - 6 April 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Sejarah PPUM

The University of Malaya was initially set up in Singapore in 1949 as an amalgamation of the two premier institutions of higher education in colonial Malaya and Singapore, Raffles College and King Edward VII College of Medicine to serve the needs of the colony. Following independence of Malaya in 1957, two autonomous divisions of the university, one in Singapore and one in Kuala Lumpur, were established in 1959. The government of Malaya expressed a desire to change the status of the Kuala Lumpur division to a national University and following appropriate legislation, the University of Malaya was established in 1962. The Singapore Division was renamed the University of Singapore.

In 1961, the Board of Education, University Malaya had proposed that a medical institution be established to cater to the shortages of medical doctors in Malaya at that time.The first Faculty of Medicine in Malaysia was established in the University of Malaya in 1963. Instruction started in 1964 with the first batch of students.

The University motto, "Ilmu Punca Kemajuan" (Knowledge is the Key to Success) and the UMMC and Faculty of Medicine continues to strive to the best of ability to live up to this ideal. University Malaya Medical Centre (UMMC) is one of the organisations in the Ministry of Higher Education. Main objectives of UMMC are health services, learning and research.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Gred U41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Penetapan Gaji Permulaan:

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred U41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Tempoh Percubaan:

5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.


Latihan:

6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda:

7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang  ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 April 2020

Post a Comment