Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak - 9 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Sejarah UiTM Perak

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan setor.

Disamping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar iaitu pada Januari 1985 yang mengikuti Kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Manakala kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan bukan akademik.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak Kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 1 Januari 1997 kampus Seri Iskandar telah mula digunakan dengan menempatkan seramai 786 orang pelajar daripada FSPU.

Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempunakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mewakili Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Objektif UiTM Perak

Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan. Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan disamping mendokong dasar pembangunan negara. Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai dikalangan masyarakat UiTM. Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran gunatenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global. Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yag berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti terunggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing.



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perak
Jawatan:

1. PROFESOR VK7

2. PROFESOR MADYA DM53

3. PENSYARAH KANAN DM51

4. PENSYARAH DM45


Syarat Kelayakan:

1. PENSYARAH UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR VK7)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN


PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.

5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor :

a. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

b. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

6. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

7. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

8. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

9. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

10. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.


PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di http://www.perak.uitm.edu.my @ muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.


Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Jun 2020 (Selasa)

Post a Comment