Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 10 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong 2020 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam.



Join Group Whatapps - Kerja di Selangor
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENSYARAH (GRED DK45)


FAKULTI PENDIDIKAN

-Asas Kemanusiaan dan Perkaedahan
- Pendidikan Islam


SALINAN DOKUMEN BERIKUT.

a. Profil Peribadi / Resume termasuk nombor telefon dan alamat e-mel terkini;

b. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;

c. Kad Pengenalan yang telah disahkan;

d. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang telah disahkan;

e. Transkrip Akademik yang telah disahkan;

f. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan;

g. Sijil SPM atau setaraf yang telah disahkan;

h. Sijil Berhenti Sekolah Menengah yang telah disahkan; dan

i. Sijil Kokurikulum yang telah disahkan. (sila pastikan susunan dokumen adalah mengikut ketetapan di atas).


CARA MEMOHON.

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Akademik) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

b. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

c. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

e. Sila kemukakan permohonan melalui emel vacancy@kuis.edu.my


MAKLUMAT KELAYAKAN

Kelulusan minimum Ijazah Sarjana Pendidikan bagi gred DK45 dari universitiuniversiti tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain; dan

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Keutamaan akan diberi kepada;

1. Berpengalaman mengajar di institusi pendidikan.

2. Mempunyai ikhtisas Pendidikan.

Syarat-syarat umum di atas adalah diperlukan mengikut bidang kecuali ia dinyatakan secara spesifik di dalam kolum tertentu.

Semua bidang-bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk jawatan SEPENUH MASA sahaja.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2020 (Rabu)

Post a Comment