Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) - 18 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Latar Belakang

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.

Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Johor
Jawatan:

1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,773.00); atau

(ii) Dilpoma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

5Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) dan Jurubahasa Gred LA19, LA22, LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang, Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas: dan

(b) Had umur pelantikan :

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah),
kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak
dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM

9. Pemohon juga hendaklah menyediakan ’Video Resume’ sebagaimana berikut :-

9.1 Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.

 9.2 Menggunakan suara pemohon sebenar.

 9.3 Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :-

 9.3.1 Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.

 9.3.2 Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.

 9.3.3 Ringkasan pengalaman kerja pemohon.

 9.3.4 Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.

 9.3.5 Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.

 9.3.6 Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.

 9.3.7 Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ’NGO’.

 9.3.8 Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.

 9.3.9 Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.

 9.4 Pemohon digalakan menghasilkan ’video resume’ yang unik dan kreatif.

 9.5 Semua ’video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat mdkt@mdkt.gov.my

10. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Jun 2020 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment