Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) - 22 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Johor
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

4. PEMBANTU AWAM H11


Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir N29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

(c) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,770.95);


Syarat Kelayakan Pembantu Kesihatan Awam U19

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM 1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,418.12);


Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1,464.80);


Syarat Kelayakan Pembantu Awam H11

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarik tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM 1,218.00)

(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia ) (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15)


Cara Memohon :

6. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di laman web http://www.mdsrenggam.gov.my.

7. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA),
86200 SIMPANG RENGGAM,JOHOR

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

8. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

i. salinan kad pengenalan yang telah disahkan
ii. salinan sijil kelahiran yang telah disahkan
iii. salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan
iv. 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
v. lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas.

9. Pemohon juga hendaklah menyediakan ‘video resume’ hanya bagi jawatan (Penolong Pegawai Tadbir gred N29 ) sebagaimana berikut :

9.1. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
9.2. Menggunakan suara pemohon sebenar
9.3. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :
9.1.1. Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
9.1.2. Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
9.1.3. Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
9.1.4. Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
9.1.5. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
9.1.6. Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
9.1.7. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.
9.1.8. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
9.1.9. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
9.1.10. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.
10. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

11. Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat info@mdsrenggam.gov.my

12. Pemohon hendaklah menyertakan transkip keputusan setiap semester dan juga salinan diploma berkaitan.

13. Pemohon yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar dan tidak lengkap akan ditolak

14. Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 dan keatas sahaja. 

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Jun 2020 (Isnin)



Post a Comment