Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 9 Jun 2020 - KERJA KOSONG 2020 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 9 Jun 2020

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Pengenalan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11 - 2 kekosongan



Syarat Lantikan

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(iii) calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(iii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut.

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m;

(b) berat badan sekurangkurangnya 48kg;

(c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(d) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(g) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat tambahan:


Keutamaan untuk calon lelaki.


Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Gaji permulaan: RM1,205.00

Elaun:

ITKA : RM 95.00
ITP : RM300.00
BISH : RM350.00


Cara memohon:

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://apps.mpm.edu.my/eperjawatan. (link admin ada sediakan di bawah)


Catatan:

a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Jun 2020 (Selasa

2 Responses to "Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 9 Jun 2020"