Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis - 25 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Sejarah UiTM Perlis

Sebagai Kampus Cawangan UiTM yang ketiga tertua, UiTM Cawangan Perlis merupakan kampus cawangan yang terbesar selepas kampus induk Shah Alam.  UiTM Cawangan Perlis telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah sebuah institusi pengajian awam tersohor di Perlis.  Penubuhannya bermula dengan perasmian pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 258 orang yang mengikuti 6 program yang ditawarkan; 1 program persediaan dan 5 program diploma.  Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan.  Pada masa itu ia beroperasi di kampus sementara yang bertempat di sebuah bangunan Rumah Pengakap yang telah diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar.  Kampus tetap ITM Perlis mula beroperasi pada tahun 1980 di atas sebidang tanah seluar 335 ekar di Arau.

Di atas ehsan pihak Kerajaan Negeri Perlis, sebidang tanah seluas 335 ekar di Arau telah diperuntukkan bagi membangunkan kampus tetap ITM Perlis. Kampus ini mula beroperasi pada tahun 1980. Keluasan kampus telah bertambah menjadi 464 ekar dengan pengurniaan tanah oleh DYMM Raja Perlis dan pihak Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2002. 240 ekar daripada keluasan kampus diperuntukkan kepada Unit Ladang untuk dimajukan bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan juga untuk tarikan pelancong. Sementara itu, pada tahun 2004, 129 ekar lagi telah diperuntukkan untuk aktiviti pembangunan dan penyelidikan UiTM Cawangan Perlis.

UiTM Cawangan Perlis telah berkembang pesat daripada aspek akademik dan juga fizikal. Sebanyak 38 program iaitu 18 program Ijazah dan 20 program Diploma dan 2 program Pra Diploma (MDAB) ditawarkan oleh 8 buah Fakulti. Kampus ini kini mempunyai 7,887 orang pelajar sepenuh masa. Bilangan kakitangan pula telah mencecah 807 orang yang mana 405 daripadanya ialah kakitangan akademik dan 402 ialah kakitangan bukan akademik. Selain itu, pelbagai kemudahan infrastruktur juga disediakan. Antaranya ialah 7 kolej kediaman siswa, 7 kolej kediaman siswi, 4 blok dewan makan, sebuah perpustakaan, 136 bilik kuliah, 5 dewan syarahan, 23 makmal sains, 17 makmal komputer, 2 makmal bahasa, 7 bengkel kejuruteraan, Dewan Sri Semarak, masjid, mini stadium dan gimnasium. Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan dan gimnasium dibenarkan untuk disewa oleh orang ramai.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perlis
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (W19)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada Tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perlis di http://perlis.uitm.edu.my atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertai Bersama Salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN BENAR dari salinan asal;

a) Kad Pengenalan

b) Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

c) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD (sertakan bersama Skrol dan Transkrip Akademik terperinci)

d) Surat Pengiktirafan kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di penjuru kiri (atas) sampul surat.

5. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS
NO. TELEFON: 04- 9882000 / 2204 / 2207 / 2210


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Jun 2020 (Khamis)

Post a Comment