Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) - 19 Julai 2020 [115 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Pengenalan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.. Baca lagi..



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. AKAUNTAN GRED WA41 - 115 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau

 (ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA) (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Akauntan Gred WA47, WA51 atau WA53

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA47, WA51 atau WA53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b),1(c) dan 2.

(b) (i) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA; atau

(ii) Ahli MIA;

(c) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan

(d) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
 
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA47 : RM5,161.00/ Gaji permulaan ialah pada Gred WA51 : RM5,795.00/ Gaji permulaan ialah pada Gred WA53 : RM6,122.00).


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Julai 2020 (Ahad) jam 11:59 malam


Post a Comment