Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Penjara Malaysia - 8 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Jabatan Penjara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Penjara Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Penjara Malaysia

Sejarah

Sistem penjara sudah wujud semenjak Zaman Kesultanan Melayu lagi. Pesalah yang melakukan jenayah akan dipenjarakan mengikut hukuman yang ditetapkan oleh pembesar negeri. Pada kebiasaannya banduan diletakkan di sesuatu bangunan dalam satu tempoh waktu yang panjang bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Peluang mendapat pengampunan amat tipis dan ini menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan. Keadaan ini membolehkan keamanan dipelihara dengan baik. Langkah memberikan hukuman yang berat ini juga bertujuan membendung penentangan masyarakat tempatan kepada pembesar dan pemerintah.

Sistem pemenjaraan pesalah pada zaman kesultanan Melayu kekal sehinggalah kedatangan penjajah. Namun demikian sistem penjara pada zaman Portugis dan Belanda di Melaka kurang diketahui. Dalam masa yang sama hal ini tidak membawa legasi kepada sistem penjara zaman moden. Walau bagaimanapun sejarah penjara moden di Malaysia telahpun bermula semenjak abad ke-18 seiring dengan perkembangan aktiviti Syarikat India Timur British atau The East India Company (EIC). EIC memperkenalkan sistem penjara yang dibawa dari India yang merupakan tanah jajahan British. Selepas EIC melepaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu, maka kerajaan British menubuhkan sistem pentadbiran mereka yang membawa mandat daripada kerajaan di London.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PENGUASA PENJARA GRED KA41

Jumlah kekosongan : 73 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA41:RM2,094.00);atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA41: RM2,300.73).

dan  

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) had umur pelantikan:  
 
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penjara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 08 November 2020 (Ahad) jam 11:59 malam

Post a Comment