Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM) - 9 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)

Jawatan Kosong 2019 di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)

Pengenalan

It is high time indeed for our nation to have a dedicated hospital for our sick children. All these years, our children who are ill have been treated in the paediatric wards in large adult-based hospitals. The needs of sick children are different and we in the paediatric disciplines will say that children are not smaller adults when it comes to management of diseases.

Countries like Vietnam and Cambodia do have children’s hospitals hence we are really fortunate that the idea for a children’s hospital was mooted by the YABhg Datin Seri Rosmah Mansor in 2010. The idea was taken up by the then Vice Chancellor of UKM, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah, who formed a special committee to prepare the proposal for the project. On the 8th of September 2010 the cabinet approved the proposal under the public-private partnership program via a private financing initiative (PFI). A comprehensive request for proposal was prepared by the UKM team and the tender was open for bidding in early 2011. On the 7th of October 2011 the cabinet awarded the project to Zecon Berhad.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. JURU X-RAY U29
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Lantikan Juru X-ray U29:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

a) Warganegara Malaysia; 

b) Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00). 

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Pengawal Keselamatan KP11:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 a) Warganegara Malaysia;

b) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

c) ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

dan

d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah  Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon Jawatan Pelantikan:

a) Sila layari laman web UKM: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm bagi membuat permohonan secara atas talian. (Pautan admin sediakan di bawah)

b) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urusetia : 03-9145 9014/ 9229/ 9271/ 9105


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Disember 2020 (Rabu)

Post a Comment