Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 30 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Jawatan Kosong 2019 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI BAHASA PERANCIS / SEPANYOL / RUSIA, GRED 41 / 44

2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG48 / DG52 / DG54



1. Syarat Kelayakan Pegawai Bahasa:

- Memiliki pengalaman dalam mengajar dari salah satu dari program bahasa ini (Perancis / Sepanyol / Rusia)

- Memiliki Ijazah dalam bidang berkaitan. Memiliki Sarjana adalah satu kelebihan

- Mempunyai pengalaman tiga (3) hingga lima (5) tahun bekerja.

- Berumur 35 tahun ke bawah

- Mampu bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

- Mampu bekerja secara berpasukan dan secara individu

- Memiliki skill komunikasi dan skil interpersonal yang bagus.

- Memiliki pengalaman dalam melaksanakan penyelidikan dan pengajaran & pembelajaran antarabangsa adalah satu kelebihan


Tugasan utama:

- Menerapkan elemen bahasa dan budaya dalam program latihan bahasa

- Membantu dalam menjalankan program latihan bahasa

- Membantu dalam merancang dan merangka modul bagi sasaran bahasa

- Membantu dalam melaksanakan latihan bahasa

- Menggalakkan penggunaan bahasa yang diajar melalui aktitiviti kerja, kesenian dan kebudayaan

- Mengumpuk dan merangka bahan bagi e-pembelajaran

- Menilai dan menyimpan rekod pencapaian bahasa peserta

- Menulis dan menyediakan laporan bagi latihan bahasa yang dilaksanakan.



2. Syarat Kelayakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:

- Memiliki pengalaman dalam mengajar Bahasa inggeris

- Memiliki Ijazah dalam bidang berkaitan. Memiliki Sarjana adalah satu kelebihan

- Mempunyai pengalaman mengajar selama sepuluh (10) tahun dan ke atas

- Memiliki pengalaman dalam mengajar orang dewasa adalah satu kelebihan

- Mampu bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

- Mampu bekerja secara berpasukan dan secara individu

- Memiliki skil komunikasi dan interpersonal yang bagus

- Tahap kesihatan yang baik

- Memperoleh markah LNPT sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun terkini (2017-2019)

- Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah

- Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan/Pengetua Sekolah masingmasing

- Bersedia untuk berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun


Tugasan utama:

- Menerapkan elemen bahasa dan budaya dalam program latihan bahasa

- Membantu dalam menjalankan program latihan bahasa

- Membantu dalam merancang dan merangka modul bagi sasaran bahasa

- Membantu dalam melaksanakan latihan bahasa

- Menggalakkan penggunaan bahasa yang diajar melalui aktitiviti kerja, kesenian dan kebudayaan

- Mengumpuk dan merangka bahan bagi e-pembelajaran

- Menilai dan menyimpan rekod pencapaian bahasa peserta

- Menulis dan menyediakan laporan bagi latihan bahasa yang dilaksanakan.


Cara memohon jawatan:

Calon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan dengan menyatakan jawatan yang ingin dipohon beserta denga curriculum vitae di mana menyatakan tentang kelayakan, pengalaman bekerja dan maklumat untuk dihubungi ke alamat berikut:

Bahagian Khidmat dan Pengurusan
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDHL)
Kementerian Luar Negeri
Jalan Wisma Putra
50460 Kuala Lumpur
Tel: 603 – 2149 1000 Fax: 603 – 2144 2529
Email: vacancy@idfr.gov.my

(Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan)


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2020 (Monday)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment