Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) - 7 Disember 2020 [11 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Jawatan Kosong 2020 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Sejarah

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Pada bulan April 2004, MoCAT telah dipecahkan untuk menghasilkan Kementerian khas untuk menguruskan semua hal berkaitan pelancongan iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia atau MoTour. Perkembangan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan sektor pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada pendapatan Negara.

Pada 15 Mei 2013, MoTour telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) selepas Pilihanraya Umum ke-13. Ini adalah bagi mengiktiraf peranan serta hubungan rapat sektor pelancongan dan sektor kebudayaan dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia, yang selari dengan slogan "Malaysia, Truly Asia".

Pada 2 Julai 2018, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya umum yang ke-14.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  DIPLOMA

1. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B29 - 8 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,499.00
Gaji Maksimum : RM5,679.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00   


1. Syarat Lantikan

(a) warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

(c) memiliki:

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iv) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau

(v) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan diperenggan 1(c)(ii),(iii),(iv) dan (v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Syarat Ujian Khas:

Calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Suruhananjaya ini.


4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):

1.Antropologi;

2.Antropologi dan Sosiologi;

3.Bahasadan Kesusasteraan;

4.Bahasa dan Linguistik;

5.Bahas dan Linguistik Melayu;

6.Geografi dan Antropologi Dan Sosiologi;

7.Geografi dan Sejarah;

8.Sosial;

9.Kesusasteraan;

10.Kesusasteraan Inggeris;

11.Kesusasteraan Melayu;

12.Komunikasi (Televisyen Dan Filem);

13.Komunikasi dan Pengajian Melayu;

14.Linguistik;

15.Linguistik dan Komunikasi;

16.Linguistik dan Persuratan Melayu;

17.Linguistik Melayu;

18.Linguistik Melayu, Penulisan dan Kewartawanan;

19.Pengajian Melayud an Antropologi/Sosiologi;

20.Pengajian Melayu (Kesenian Melayu);

21.Pengajian Melayu (Seni Dan Budaya);

22.Penulisan Kreatif;

23.Penyiaran dan Perfileman;

24.Sains Kemanusiaan (Sejarah & Tamadun);

25.Sains Kemasyarakatan(Antropologi dan Sosiologi);

26.Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi);

27.Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya);

28.Sains Sosial (Bahas dan Komuniti Silang Budaya);atau

29.Seni Lakon


5. Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan sijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutupi klan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan [kecuali calon bagi lantikan diperenggan1(c) (i)].


KELULUSAN MINIMUM:  DIPLOMA

2. PENOLONG KURATOR GRED S29 - 3 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,362.00
Gaji Maksimum : RM5,092.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00   


1. Syarat Lantikan

(a) warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

(c) memiliki:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;atau

(iv) diploma dalam bidang seni lukis, senireka, senihalus, senibina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Syarat Ujian Khas:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan kejawatan Penolong Kurator Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c);dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan):

1. Antropologi dan Sosiologi; 

2. Aplikasi Multimedia;

3. Rekabentuk Grafik;

4. Komunikasi dan Pengajian Media;

5. Komunikasi Korporat;

6. Multimedia;

7. Multimedia dan Komunikasi;

8. Pemasaran dengan Multimedia;

9. Penulisan Kreatif dan Deskriptif;

10. Rekabentuk Dalaman;

11. Sains Komputer (Multimedia);

12. Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia);

13. Sejarah;

14. Sejarah Seni dan Pengurusan Kebudayaan;

15. Seni Halus (Rekabentuk dan Teknologi MediaBaru);

16. Senilukis dan Senirek a(Senireka Perindustrian);

17. Senireka Grafik Digital;

18. Senibina Dalaman (Interior Architecture);

19. Senilukis / Reka-Grafik;

20. Senilukis / Reka-Tekstil;

21.Teknologi Animasi;

22. Geomatics and Land Surveying Management;

23. Pengurusan Teknikal Senibina;

24. Koordinasi dan Pengurusan Pameran;

25. Operasi Rawatan Kayu; atau

26. Reka bentuk Konsep


5. Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusansijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam


Post a Comment