Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Air Kuching - 4 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Air Kuching | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Air Kuching

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Air Kuching

Tentang kami

Lembaga Air Kuching ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1959, oleh pihak berkuasa Lembage Air Kuching, Order 1.959 Notis No S.12 1959, yang dibuat berdasarkan Bahagian 2 dan 3 dari Ordinan Bekalan Air, untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching dari Jabatan Kerja Raya Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air yang sedia ada (Sarawak Cap. 141) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada 1 Januari 2001, Lembaga telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching, 2001.

Lembaga ini bertanggung jawab untuk pentadbiran, pengurusan dan pengawasan segala kerja berkaitan dengan air dalam kawasan bekalan dan dasar Lembaga adalah melanjutkan paip utama dan membangunkan kemudahan lain, untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi dan kualiti bekalan air terawatt yang dipercayai sepenuhnya dalam kawasan bekalan. Sistem bekalan air mematuhi dan mengikuti semua aspek keperluan moden dan pembangunan yang disediakan untuk memenuhi unjuran pertumbuhan permintaan.

Like Page Khas - Kerja Kosong Sabah & Sarawak
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR, N41 (ICT)   

2. AKAUNTAN, WA41


Syarat-syarat Lantikan Pegawai Tadbir N41 (ICT)

(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,283.43).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 


Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir, Gred N41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 


Syarat-syarat Lantikan Akauntan WA41:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,820.00); atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM2,820.00); atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
(Gaji permulaan: RM2,820.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di atas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Akauntan, Gred WA41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 

Catatan:

Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan (a)(ii) syarat-syarat lantikan:

(1) Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(2) Institute of Chartered Accountants of Scotland;
(3) Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(4) Institute of Chartered Accountants in Ireland;
(5) Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
(6) Institute of Chartered Accountants in Australia;
(7) Australian Society of Certified Practising Accountants;
(8) New Zealand Chartered Accountants;
(9) Canadian Institute of Chartered Accountants;
(10) Institute of Chartered Accountants of India;
(11) Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom); 


Cara memohon:

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATANsebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-Recruitment.

Catatan Am:

Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen (yang telah disahkan) seperti berikut:

(i) Salinan maklumat peribadi pemohon yang dicetak dari sistem e-Recruitment

(ii) Gambar berukuran paspot (satu keping)

(iii) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

(iv) Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan

(v) Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan

Kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.

Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

(i) Tidak lengkap

(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan

(iii) Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Disember 2020 (Jumaat)

Post a Comment