Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 31 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Ketua Eksekutif Kolej FELCRA


Syarat – Syarat Kelayakan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki PhD akan diberi keutamaan;

iv. Memiliki pengalaman sekurang–kurangnya 10 tahun di dalam bidang pengurusan pendidikan dan pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi (Swasta atau Awam); dan

v. Calon yang memiliki pengalaman dalam bidang pemasaran di Institut Pengajian Tinggi swasta adalah diberi keutamaan.


Bidang Tugas Utama:-

i. Peranan utama Ketua Eksekutif (KE) Kolej FELCRA adalah untuk membangunkan visi dan strategi dengan meletakkan kolej di barisan hadapan dalam arus inovasi pendidikan.

ii. Bertanggungjawab untuk memimpin, memberi inspirasi dan membangunkan pasukan pengurusan dan kakitangan, serta sentiasa membangunkan hubungan kerja yang kukuh di antara Pengurusan tertinggi Kolej dan FELCRA Berhad.

iii. Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan menyediakan kepimpinan kepada kakitangan kolej bagi mencerminkan misi, nilai dan aspirasi Kolej.

iv. Mengurus atau membantu dalam urusan projek dan/atau inisiatif bertaraf antarabangsa dalam apa-apa bidang (cth:Kerajaan, pendidikan, perubatan, pertanian)

v. Merangka dan memastikan pelan perniagaan Kolej FELCRA berjalan lancar dari masa ke semasa.

vi. Merancang & melaksanakan strategi bagi menarik kemasukan pelajar di Kolej FELCRA.


Gaji adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.

Sila hantarkan resume lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)


(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul) 


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2020 (Khamis)


Klik Untuk Muatturun Iklan Jawatan

Post a Comment