Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 8 Disember 2020 [34 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jawatan Kosong 2019 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Latar Belakang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis, bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.

Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan. Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Perhubungan Korporat, Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri. Manakala Bahagian Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pentadbiran Daerah dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Sebagai jentera Kerajaan yang terpenting, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis juga berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelancaran pentadbiran seluruh jentera Kerajaan Negeri

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PT3/PMR


1. PEMBANTU AWAM GRED H11- 34 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) Warganegara Malaysia; dan  

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  

(d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)

(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)
 
   
Deskripsi Tugas
 
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Disember 2020 (Selasa) jam 11:59 malam



Post a Comment