Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia - 7 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PSH


TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

PENEMPATAN : Bahagian Promosi Antarabangasa, Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) sehari bekerja


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii.Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d.Keutamaan kepada calon yang fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Mandarin. Kebolehan bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Hakka adalah satu kelebihan.

e. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

f. Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian dan perisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint dengan baik.

g. Mampu bekerja di bawah tekanan serta penyeliaan yang minimum.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab:

- Melaksanakan tugas-tugas berkaitan promosi pelancongan yang ditetapkan oleh LPPM;
- Membantu mendapatkan maklumat risikan pasaran;
- Menganalisis dan melaksanakan penyebaran maklumat mengenai produk pelancongan Malaysia yang tepat dan terkini di pasaran seliaan bagi mendorong pelancong di pasaran seliaan untuk memilih - Malaysia sebagai destinasi pilihan;
- Menyediakan kertas kerja dan laporan prestasi aktiviti/projek secara berkala; dan
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.


Arahan Dan Cara Memohon

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut :
https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/borang.pdf @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Perancangan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Perancangan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Disember 2020 (Isnin) sebelum jam 5.30 petang.


Catatan Am

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut :

(i) Puan Adibah Mohd Basri - adibah@tourism.gov.my

(ii) Cik Siti Salwah Othman - sitisalwah@tourism.gov.my

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - norazila@tourism.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) sebelum jam 5.30 petang


Post a Comment